About Us

RAZ GLOBAL SUCCESS.SDN. BHD.

1.0 Introduction of ain curtain house

Ain curtain house (ACH) ditubuhkan pada januari 2009 sebagai sebuah syarikat hiasan dalaman dan mula bertapak di Bandar Perda Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Alhamdulillah setelah beroperasi hampir 13 Tahun, perkembangan syarikat amat memberangsangkan dan menerima permintaan serta maklum balas yang amat baik dikalangan para pelanggan. Demi menjamin perniagaan yang lebih kukuh dan mampan, syarikat telah dinaiktaraf kepada Raz Global Success Sendirian Berhad bermula pada 10 Januari 2022.

Fokus utama Ain Curtain House (ACH) didalam perkhidmatan ‘Soft Interior Decoration’ iaitu berkadar terus didalam industri textile. Industri ini mendapat permintaan yang sangat tinggi dari sektor kerajaan, swasta dan sektor hartanah(taman perumahan). Bidang hiasan dalaman ini meliputi ‘Window Covering’(langsir dan bidai), ‘Wall Covering’(kertas dinding dan mural) serta ‘Flooring’(lantai kayu, lantai PVC serta karpet).

2.0 Konsep

Ain Curtain House merupakan sebuah syarikat yang terkemuka dalam industri penghiasan dalaman dan perindustrian langsir. Dalam usaha untuk memenuhi kepelbagaian citarasa dan keperluan pelanggan. Syarikat menyedari bahawa terdapat saingan sengit dikalangan pesaing di dalam usaha untuk mendominasi pasaran langsir.

Menghadapi realiti ini, Ain Curtain House telah membangunkan konsep teras langsir yang unik dan pelbagai untuk menampung pelbagai gaya dan trend terkini dalam reka bentuk dalaman. Terdapat empat teras konsep langsir utama yang ditawarkan oleh syarikat Ain Curtain House(ACH):

  1. Konsep English: Konsep Langsir English adalah pendekatan dalam reka bentuk dalaman yang terinspirasi oleh gaya tradisional Inggris. Ia melibatkan penggunaan kain klasik seperti satin dan renda dengan corak yang rumit. Warna lembut seperti krim dan biru muda sering digunakan, sambil menambahkan reka bentuk klasik seperti gorden yang berlipat dan tali hiasan. Renda dan aksesori tradisional seperti tiebacks dan kancing hiasan juga menjadi ciri utama. Konsep ini menciptakan suasana yang anggun dan mewah dengan sentuhan klasik Victoria atau Tudor dalam seni bina. Sesuai bagi mereka yang mencari gaya dalaman tradisional dengan elemen kemewahan dan keanggunan.
  2. Konsep Modern Traditional: Konsep “Modern Traditional” dalam reka bentuk langsir menggabungkan unsur-unsur tradisional dan moden. Ini mencipta keseimbangan antara gaya klasik dan tampilan segar. Gorden dan langsir dalam konsep ini memiliki reka bentuk bersih dan sederhana dengan warna lembut. Kain tradisional seperti batik boleh digunakan dengan reka bentuk yang lebih moden. Hiasan seperti tali hiasan dan gorden dihimpit memberi sentuhan tradisional. Inspirasi dari warisan budaya diterapkan dalam bentuk yang lebih ringkas dan kontemporari. Cocok bagi mereka yang ingin gaya warisan dalam suasana moden dan terang.
  3. Konsep Modern Kontemporari: Dengan fokus pada garis bersih, reka bentuk minimalis, dan bahan-bahan inovatif, teras ini menghadirkan pilihan langsir yang sesuai untuk penggemar gaya hidup kontemporari. Langsir dalam teras ini memancarkan kesan ruang yang luas dan tampilan yang minimalis.
  4. Konsep Modern Urban: Konsep “Modern Urban” dalam reka bentuk langsir menggabungkan gaya hidup bandar yang dinamik dengan reka bentuk moden yang bersih. Ini mencerminkan kehidupan perkotaan yang berenergi dengan sentuhan kemasan dan inovasi.

Dengan pelbagai teras konsep langsir ini, Ain Curtain House memastikan bahawa pelanggan dapat memilih daripada pelbagai pilihan yang memenuhi keperluan dan citarasa peribadi mereka. Dengan mengamalkan kreativiti, inovasi, dan ketekunan dalam penyediaan produk yang berkualiti, Ain Curtain House terus menonjol dalam pasaran yang penuh cabaran ini dan terus memastikan bahawa pelanggan mendapat pengalaman yang memuaskan dalam membentuk ruang dalaman mereka.

3.0 Vision

Menjadikan salah satu  pengeluar utama di dalam industri hiasan dalaman dan penjagaan tingkap, diiktiraf secara tempatan dan antarabangsa atas kualiti produk dan perkhidmatan yang unggul. Syarikat berusaha untuk menjadi pilihan utama pelanggan dalam mencari solusi hiasan dalaman yang inovatif, trending, dan berkualiti tinggi. Dengan inovasi, kreativiti, dan kepakaran yang unggul, syarikat bertujuan untuk membentuk tren dalam industri hiasan dalaman dan memperluas kehadirannya di pasaran global.

4.0 Mision

Menyediakan produk langsir berkualiti tinggi yang memuaskan pelanggan, dengan fokus pada inovasi, ketepatan masa penghantaran, kestabilan harga, dan penjagaan alam sekitar. Syarikat juga memberi tumpuan kepada pembangunan staf, kolaborasi dengan pelanggan, dan memelihara reputasi dan integriti dalam industri.

5.0 Objective

Syarikat berusaha untuk menjadi pengeluar utama dalam industri jahitan langsir dengan berpandukan keempat teras konsep utama syarikat, syarikat juga komited untuk sentiasa menjaga kualiti produk dan inovasi, kepuasan pelanggan, ketepatan masa penghantaran, serta tanggungjawab sosial dan alam sekitar. 

Selain itu, syarikat juga memberi fokus kepada pelanggan dengan memberi panduan dan sokongan untuk membuat pilihan terbaik serta menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk memastikan kepuasan mereka.

Pekerja pula diberi latihan dan bimbingan secukupnya di dalam seni hias dengan pelbagai pattern, manakala kepada pelajar kemahiran, syarikat sentiasa membuka peluang untuk melakukan latihan amali bagi mengasah dan manajamkan bakat serta menigkatkan kebolehan mereka di syarikat.

Objektif jangka panjang syarikat adalah memperluaskan keupayaan syarikat ke tahap global dengan meningkatkan prestasi dan mendapatkan pengiktirafan dalam industri hiasan dalaman.

6.0 Slogan Ain Curtain House(ACH)

‘ Specialist in Window Covering ’